Jumaat, 19 Jun 2009
Selamat Hari Bapa kepada warga SKDPK
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kepada semua guru lelaki di SKDPK selamat hari bapa,pengorbanan seorang ayah amat berharga.
Rabu, 17 Jun 2009
Selamat datang ke SKDPK
Selamat menjadi warga SKDPK kepada En Mior Abdul Aziz B. Ishak(Pembantu Am rendah).Semoga dapat bertugas dengan hati yang ikhlas...
Isnin, 15 Jun 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Assalamualaikum..
Selamat datang ke Laman Blog SK Dato' Panglima Kinta.
Lencana Sekolah
Sejarah Sekolah
Sekolah ini pada asalnya ialah “Birch English Primary School” menggunakan bangunan dekat pintu masuk yang pernah digunakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kinta dan sekarang ini bertempatnya Pusat Kegiatan Guru Dato’ Panglima Kinta. Sebelum Perang Dunia Kedua dahulu, bangunan ini adalah sebuah “ Kelab Rekreasi” bagi kakitangan kerajaan British.
Pada 1 Januari 1951 “ Sekolah Melayu Birch” pula ditubuhkan dengan mempunyai seramai 120 orang murid dan 4 orang guru yang belajar pada sessi pagi. Birch English Primary School pula bersekolah pada sessi petang. Guru Besar pertama Sekolah Melayu Birch ialah En. Hussein Bin Daan. Pada tanggal 1 Jun 1957, sebagaimana lain-lain sekolah di Persekutuan Tanah Melayu, Sekolah Melayu Birch bertukar nama kepada Sekolah Umum Jalan Connolly, Ipoh.
Pada awal tahun 1959, sekali lagi sekolah bertukar nama dan kali ini ia dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Jalan Connolly, Ipoh. Pada 14 Mei 1978, selepas mendapat bangunan baru dan dengan persetujuan Lembaga Pengurus PIBG, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan, sekolah sekali lagi bertukar nama dalam suatu upacara perasmian yang dilakukan oleh Yang Berbahagia, O.K.K. Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Di Raja, Dato’ Tahwil Azar Bin Ahmad D.P.M., J.P. Orang Besar Jajahan Kinta iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Panglima Kinta. Sekolah ini kekal dengan nama tersebut dan meneruskan operasinya sehingga kini.

Nama Guru-Guru Besar SKDPK
Info Hadith
Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya."
Anas bin Malik r.a